<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/8411660?origin\x3dhttp://syamz.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
.Sunday, November 18, 2007 ' 9:40 PM Y
.s.y.a.m.

curang
tersentak terkaku terdiam sekejap bila aku di aju satu soalan.susah nak percaya.susah nak terima.sebuah perhubungan yang bahagia akhirnya tergugat.aku penah mengalami pengalaman yang sama walaupun situasi agak berbeza.kepercayaan yang aku pertaruhkan hilang 50% hingga kini.walaupun dia dah buktikan yang dia sayangkan aku, tapi pengalaman lalu mendewasakan aku.pengalaman itu aku tak mampu aku luputkan dari ingatan.kini kejadian yang sama berulang tapi bukan pada aku, tapi pada teman aku.
cinta,soal hati dalam sesebuah hubungan terlalu sukar untuk di mengertikan.ketulusan sukar untuk di nilai.yang mampu kita lakukan hanya berserah kepada Nya.





.Thursday, November 15, 2007 ' 9:39 PM Y
.s.y.a.m.

jam di dinding menunjukkan pukul 2.35 pagi.mata ni masih tak mengantuk lagi penangan nescafe 1 gelas yang aku bancuh tadi.minum nescafe ke penyebab aku tak dapat tido?tak..sebenarnya aku rindu sangat2 kat seseorang.dendangan lagu dari siri drama korea "full house"membuatkan hati aku bertambah pilu di tambah dengan keheningan pagi yang sunyi.
bile time camni membuatkan aku mengimbas memori.semenjak dia bekerja segalanya mula berubah.impak yang aku terima buatkan aku tertekan.pada mulanya aku dapat bertahan, tapi akhirnya aku tewas ngan perasaan dan keadaan.aku cuba memahami..tapi akhirnya aku sendiri yang sakit hati.makin memahami makin aku beri peluang.peluang yang di beri buatkan aku sendiri kecewa."perasaan"..perasaan ni dah cukup terluka..terasa, kecewa.tuntutan hati, tuntutan jiwa.akukah terlalu pentingkan diri sendiri?





.Monday, November 12, 2007 ' 9:35 PM Y
.s.y.a.m.

perlantikan ajk sem 4

hari perlantikan ajk tertinggi sem 4.dah lepas tanggungjawab aku selama 6 bulan memegang jawatan president sem 3. bukan senang nak handle 66 kepala termasuk kepala aku sendiri.hehe..ngan masalah peribadi, masalah keluarga.. ari ni aku dah dapat sedikit ketenangan.
masalah peribadi-> dia sekarang jauh dari aku,tak dapat dihubungi,so takde masalah yang timbul
masalah keluarga-> adik aku dah selamat di ijab kabul pada 2 sept 07 dan majlis dah berjaya di langsungkan pada 18 oktober 07. Alhamdulillah...walaupun bermacam2 peristiwa yang berlaku,aku berjaya memulihkan keadaan yang getir.biarpun adik aku tak tahu peristawa yang berlaku,biarlah aku simpan sampai mati.aku hanya berdoa moga dia berbahagia ngan kehidupan baru sekarang.

aku call mak malam ni.rindu dah bape hari tak dengar suara mak sbb hp mak rosak.mak still bertanya tentang keadaan adik aku.aku tahu dia sebenarnya masih lagi memikirkan keadaan adik aku walaupun dia dah selamat menjadi isteri.aku dah tak sabar nk cuti n balik umah.mak..nantikankepulangan orang pada 7 disember ni.... =)





.Sunday, November 11, 2007 ' 9:29 PM Y
.s.y.a.m.

ectopic pregnancy
"satu keadaan di mana ovum yang telah disenyawakan tidak sampai ke kaviti uterus sebaliknya tertanam di atas mana-mana tisu selain dari kaviti uterus."

isu yang hangat di perbincangkan di kelas tadi.ade sebab mengapa isu ni hangat di perkatakan....
aku tak tahu saper yang patut di persalahkan.saper yang patut bertanggungjawab.saper yang kejam.saper yang perlu di kasihani.saper yang perlu di marahi.aku bukannya hakim untuk nilai sumer ni.aku bukannya hakim untuk menjatuhi hukuman.sumer nye terbuku di hati.hanya Allah yang maha mengetahui.aku percaya sumer ni ada hikmahnya.kebenarannya..hanya tuan empunya diri yang tahu.tapi sedikit demi sedikit kebenaran terserlah.aku mula rasa ada yang tidak kena.andai benar tekaan ku...orang itu terlalu kejam!!!

aku terlalu rindukan dia.aku bingung..sedangkan final hanya tinggal tak sampai seminggu.sem ni merupakan sem yang paling banyak bagi tekanan pada aku sampai menjejaskan akademik aku.sedangkan sem ni aku leh score berbanding sem lepas, tapi sebaliknya yang berlaku.merosot gle result formatif 1 ngan 2 aku.teruk gle!terkena penangan hebat tekanan memegang jawatan president sem,kehilangan tempat meluahkan perasaan, kehilangan tempat kongsi masalah, kurang perhatian..buatkan aku jadi camni.tapi aku tanak salahkan sesiapa.aku sendiri yang tak kuat nk hadapi sumer nih.

abis je kelas tadi aku terus mengemas bilik.cuci tingkap.ubah meja.ubah almari.saja memenatkan diri..aku nk ilangkan ingatan aku kat dia..lagipun tak lama lagi bakal menerima kehadiran junior..





.Tuesday, November 06, 2007 ' 11:33 PM Y
.s.y.a.m.

ntah naper tetiba aku terasa nk bawa hp g tgk tv.sedangkan aku tahu takan ader sesaper kontek aku.tapi..ble abis je cte IRIS, aku dapat 1 msg dari no celcom.nama yang tertera di akhir msg bt aku terkejut.aku terus blk bilikdan buat panggilan.tapi.....tak dapat.jenuh aku dial byk kali.hampa..tapi aku tetap tak berputus asa..aku cuba lg dan akhirnya..aku dengar suaranya.......
dalam kegembiraan ada kesedihanaku.. sedih dgr berita dr nya.tempoh mungkin dilanjutkan lagi sebulan.argh...lagi 2 bulan la nampaknyer.tp aku bersyukur dia selamat
sayang..orang nantikan kepulanganmu





.Sunday, November 04, 2007 ' 11:26 PM Y
.s.y.a.m.

ucapan ini tak dapat aku lafazkan
tidak kedengaran di telingamu
kerana dirimu entah berada di mana
di sesuatu tempat yang tak dapat aku hubungi
namun di sini aku tetap ingin mengucapkan
selamat hari lahir sayang
aku doakan moga kau selamat
walau di mana kau berada
dan moga perhubungan kita ini berkekalana
ku nantikan kepulanganmu....





.Saturday, November 03, 2007 ' 11:23 PM Y
.s.y.a.m.

ku relakan kau pergi
mungkin ini hanya untuk menguji
kekuatan dan keteguhan hubungan kita
aku doakan moga kau selamat kembali







The blogger :)Y


s.y.a.m
25
s.t.u.d.e.n.t KKNC
k.e.d.a.h

Crap Here Y




Archives Y

imeem?

FriendsY

a.t.e.h
n.u.r.e.i.n
p.e.r.m.a.t.a
s.i.c.k.b.e.a.r
Blogskins


CREDITSY